PESTA BUAH-BUAHAN AGROPOLIS 2016

    BESUT, 25 Ogos 2016 – Demi mencapai hasrat UniSZA dalam menggalakkan penglibatan komuniti bersama warga UniSZA, Institut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan (AGROPOLIS UniSZA) Kampus Besut telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pesta Buah-buahan AGROPOLIS 2016 yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24 & 25 Ogos 2016.  Pendekatan objektif yang berkonsepkan serampang dua mata diambil dalam melaksanakan program kali ini iaitu selain mengeratkan silatulrahim bersama masyarakat setempat, pihak AGROPOLIS UniSZA juga bertindak mempromosikan kewujudan  AGROPOLIS UniSZA sebagai sebuah institut kajian dan pusat rujukan pengeluaran tanaman buah-buahan.

    Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya adalah  demo cantuman pokok buah-buahan yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Daerah Besut, Sembang Durian, pameran, jualan anak benih pokok buah-buahan serta jualan  buah-buahan tempatan. Kemuncak kepada program yang dianjurkan ini adalah Pertandingan Durian Terbaik Terengganu 2016. Pertandingan Durian Terbaik Terengganu 2016 ini di kategorikan kepada 2 kategori iaitu kategori Klon Berdaftar dan kategori Klon Tidak Berdaftar, seramai 35 penyertaan  telah diterima. Pertandingan Durian Terbaik Terengganu 2016 ini menawarkan hadiah tempat pertama wang tunai RM 300.00 berserta sijil, tempat kedua wang tunai RM 200.00 berserta sijil, tempat ketigawang tunai RM 100.00 berserta sijil dan 3 orang saguhati wang tunai RM 50.00 berserta sijil untuk setiap kategori

    Berikut adalah pemenang mengikut kategori :

    Kategori Tidak  Klon Berdaftar

    Johan                     : En. Mat Nasir Sulaiman

    Tempat ke 2          : En. Baharom  Mat Nasir

    Tempat ke 3          : En. Rahim Mat Nasir

    Saguhati  1            : En. Mohd. Arif Hussin

    Saguhati 2            : En. Mohd Yussof  Mohd  Noor

    Saguhati 3            : En. Yaakob Hussin

    Continue Reading

    Print Email

    More Articles ...