Sekalung Tahniah

Written by agrobiotek on .

 

Seluruh warga UniSZA mengucapkan sekalung tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan atas pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UniSZA yang ke-4 berkuatkuasa 1 Februari 2019.

Warga UniSZA mengalu-alukan kehadiran YBhg. Prof. Dato' Dr. Hassan Basri yang merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kami yakin dan percaya YBhg. Prof. Dato' Hassan Basri mampu menjulang UniSZA ke tahap yang lebih tinggi dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada beliau. Warga UniSZA akan memberi sokongan penuh dan bersama-sama beliau dalam usaha membangunkan UniSZA.

Tahniah!

#UniSZAPastiTahu
#IngatGanuIngatUniSZA
#ILoveUniSZA