(iCARE) Program Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat 2014

Program Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat (iCare) 2014 telah di adakan di dataran Fakulti Informartik & Komputeran, UniSZA Kampus Tembila pada  22 Jun 2014 yang lalu. Program satu hari  ini telah di hadiri oleh dif-dif kehormat, Menteri Pelajaran Malaysia II , YB Dato‚ÄôSeri Haji Idris b. Jusoh, Naib Canselor UniSZA, Y.Bhg. Profesor Datuk Dr. Yahya Ibrahim, Pengarah dan dekan pusat tanggujawab (PTj) UniSZA. Program Perkongsian Pintar Bersama Masyarakat 2014 ini akhirnya dapat dilaksanakan bermula pada awal tahun ini yang melibatkan kerjasama fakulti, pusat tanggungjawab (PTj) serta komuniti negeri Terengganu.

Kami daripada AGROPOLIS UniSZA merasa sangat bertuah kerana telah dijemput untuk menyertai pameran dan menjadi sebahagian daripada program tersebut. Di samping dapat mengukuhkan lagi hubungan antara institut dengan masyarakat setempat, kami berbesar hati kerana dapat berkongsi maklumat  mengenai pemeliharaan lebah kelulut dan khasiat madunya dengan seluruh warga kampus , masyarakat setempat serta pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, kami juga berpeluang menunjukkan koloni kelulut dengan lebih dekat bersama-sama haif kotak dan haif Topping yang diusahakan sendiri oleh Pengarah AGROPOLIS UniSZA, Dr. Abd Jamil bin Zakaria.

Melalui program sebaik ini, secara tidak langsung UniSZA telah mempromosikan AGROPOLIS UniSZA yang berperanan sebagai Institut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan kepada masyarakat awam dan pelajar-pelajar. Syabas iCARE!

2

3

1

Print Email