Projek Kambing Tenusu

AGROPOLIS & ESERI ANJUR PROGRAM EKSPEDISI SAINTIFIK

Written by agropolis on .

BESUT- Program yang julung kalinya diadakan telah berjaya mengumpul seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam dan luar UniSZA, staf dan juga para pelajar UniSZA.nstitut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan (AGROPOLIS UniSZA) dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) telah menganjurkan Program Ekspedisi Saintifik Sungai Chantek di Ladang Pasir Akar, Besut pada 29 hingga 30 Oktober 2015.

 Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menjalankan kajian penilaian alam sekitar, flora dan fauna di kawasan Sungai Chantek serta mendokumentasikan hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan. Selain itu, program ini juga adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar berkenaan kajian penilaian alam sekitar bagi tujuan pemuliharaan.

Peserta program ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan Kepelbagaian Flora, Kepelbagaian Fauna dan Penilaian Alam Sekitar. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang penyelaras bagi memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan program ini seperti Jabatan Keselamatan, Jabatan Pengurusan dan Pembangunan (JPP), Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Pusat Islam, Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Program ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada agensi luar iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Terengganu dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Besut.

Program ini diharap dapat menghasilkan penemuan baharu yang dapat diterbitkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada para penyelidik UniSZA dan institusi-institusi lain berkongsi pendapat dan percambahan idea baharu bagi meningkatkan dan menyemarakan lagi aktiviti penyelidikan di UniSZA.

 

 

   chantek2-100x67   chantek3-100x67   chantek4-100x67   chantek5-100x67