AGROPOLIS ANJUR BENGKEL PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN BERASASKAN KELULUT

Bengkel Pemerkasaan Keusahawanan Berasaskan Kelulut dibawah program KTP Fasa 6 2015 telah diadakan pada 5 Mac 2016 bertempat di Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM). Bengkel ini bertujuan berkongsi pengetahuan di antara AGROPOLIS UniSZA dan YMR International Marketing Sdn. Bhd (Syarikat YMR).

Syarikat YMR mengendalikan penghasilan dan pemasaran produk-produk kesihatan, isi rumah dan kosmetik. Produk-produk berasaskan kelulut merupakan usaha baru syarikat ini yang memerlukan pendedahan berkenaan peningkatan nilai rantaian penghasilan dan cabaran pemasarannya.

Pakar dari UniSZA dalam bidang perniagaan tani dan teknologi pengeluaran makanan, iaitu Prof. Madya Dr. Nalini Arumugam (Penceramah Utama), Prof. Madya Dr. Connie Fay Komilus dan Dr. Khamsah Suryati Mohd telah bertindak sebagai penceramah. Para “graduate intern” KTP pula memainkan peranan sebagai fasilitator.

Peserta bengkel yang terdiri daripada 6 orang wakil industri dan 35 orang pelajar UniSZA pula dibahagikan kepada 6 kumpulan berbeza bagi menggalakkan kerja berpasukan antara mereka dalam menyelesaikan agenda bengkel yang berkonsepkan pembelajaran aktif. 

Diakhir program, maklumbalas para peserta telah dikumpul untuk tujuan penilaian dan penambahbaikan program pada masa akan datang. Respon peserta amat positif dan kebanyakan mencadangkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang. Justeru, matlamat asas program untuk memangkin pemindahan pengetahuan daripada universiti kepada industri secara pembelajaran aktif adalah dicapai

.ktp1

 Peserta dibekalkan set  peralatan untuk aktiviti berkumpulan

 

sell your apple

 Perbentangan secara berkumpulan bagi aktiviti “Sell Your Apple” dimana peserta dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk memasarkan produk Apple

 

cenderahati

Penyampaian cenderahati  kepada wakil industri

Print Email