PINGAT EMAS dalam Pertandingan Inovasi Sempena Minggu Penyelidikan & Pertandingan Inovasi (MPI) 2016

Program MPI '16 ini telah berlangsung pada 15 – 17 Mac 2016 (Selasa – Khamis) di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak. Sebanyak 79 produk penyelidikan baharu telah menyertai pertandingan.  Pada tahun ini, Agropolis telah mempertaruhkan 2 projek pada MPI ‘16 untuk satu kategori Pensyarah dan satu kategori Pelajar.  Kedua-dua produk telah berjaya merangkul pingat emas.

Bagi kategori Pensyarah, produk yang dipertandingkan adalah Proplus: Bees defence Human Beauty Treasure. Terdapat tiga jenis Proplus yang dikeluarkan iaitu Pencuci Muka, Losyen dan juga Pelembab 2 dalam 1. Bahan aktif utama bagi produk ini adalah propolis dari Heterotrigona itama yang diambil dari Ladang Apiari UniSZA.  Propolis telah dilaporkan oleh para penyelidik dunia berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang sesuai digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik.  Produk ini akan dipasarkan dengan kerjasama dari YMR Worldwide Marketing Sdn. Bhd dan YMR International Marketing Sdn. Bhd.

Manakala untuk kategori pelajar, produk Baja EM telah dipertandingkan. Baja EM ini mengandungi gabungan unsur mikroorganisma efektif,  makro dan mikro nutrien yang lengkap. Ia amat sesuai digunakan di tanah BRIS untuk meningkatkan pertumbuhan pokok, hasil, kualiti, meningkatkan ketahanan pokok terhadap penyakit dan serangga. 

 

Bil

Peserta

Tajuk Projek

Kategori

Pingat

1.

  1. Khamsah Suryati Mohd
  2. Abd. Jamil Zakaria
  3. Nalini Arumugam
  4. Connie Fay Komilus
  5. Salmah Tajuddin
  6. Norhayati Mohd. Zakaria
  7. Wan Siti Azierah Wan Mohd Azemin
  8. Muhammad Muslim Mohd Rodi

Propoplus: Bees Defence Human Beauty Treasure

Pensyarah

Emas

2.

  1.  Abd Jamil Zakaria
  2. Khamsah Suryati
  3. Zakiah Mustapha
  4. Siti Sabariah Ahmad

EM Foliar Fertilizer

Pelajar

Emas

moi5

 

mpi5

Kemenangan yang diperolehi oleh Agropolis

 

  mpi9

Produk yang telah berjaya merangkul  Pingat Emas bagi kategori  Pensyarah

 

mpi3

Peserta bagi kategori pensyarah untuk Produk Propoplus

 

 mpi2

Peserta bagi kategori pelajar untuk Produk Baja EM dan kategori pensyarah untuk Produk Propoplus

 

Print Email