Berita / Buletin

KURSUS ASAS TERNAKAN KAMBING DAN BEBIRI

KURSUS ASAS TERNAKAN KAMBING DAN BEBIRI

BESUT, 8 Sept 2016 – Institut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan (AGROPOLIS UniSZA) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus  Asas...

Majlis Penghargaan kepada pelajar Latihan Industri

Majlis Penghargaan kepada pelajar Latihan Industri

Bahagian Ladang AGROPOLIS UniSZA telah mengadakan Majlis Penghargaan kepada pelajar Latihan Industri pada 14 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat...

PINGAT EMAS dalam Pertandingan Inovasi Sempena Minggu Penyelidikan & Pertandingan Inovasi (MPI) 2016

PINGAT EMAS dalam Pertandingan Inovasi Sempena Minggu Penyelidikan & Pertandingan Inovasi (MPI) 2016

Program MPI '16 ini telah berlangsung pada 15 – 17 Mac 2016 (Selasa – Khamis) di Dewan Perdana, Universiti Sultan...

Aktiviti / Info

BOOTH AGROPOLIS PESTA KONVOKESYEN KALI KE 8 UniSZA 2016

TARIKH : 21 OKTOBER hingga 24 OKTOBER 2016 TEMPAT :  PADANG SASAR GOLF, UniSZA KAMPUS GONG BADAK Semua dijemput hadir....

AGROPOLIS & ESERI ANJUR PROGRAM EKSPEDISI SAINTIFIK

AGROPOLIS & ESERI ANJUR PROGRAM EKSPEDISI SAINTIFIK

BESUT- Program yang julung kalinya diadakan telah berjaya mengumpul seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam dan luar UniSZA,...

Ekspedisi Meneroka Lebah Tualang Jerteh

Institut AGROPOLIS UniSZA dengan kerjasama UniSZA B (Bikers)- Care buat julung kalinya telah menganjurkan program kembara bermotosikal mencari madu lebah...

PESTA BUAH-BUAHAN AGROPOLIS 2016

Written by agropolis on .

BESUT, 25 Ogos 2016 – Demi mencapai hasrat UniSZA dalam menggalakkan penglibatan komuniti bersama warga UniSZA, Institut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan (AGROPOLIS UniSZA) Kampus Besut telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pesta Buah-buahan AGROPOLIS 2016 yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24 & 25 Ogos 2016.  Pendekatan objektif yang berkonsepkan serampang dua mata diambil dalam melaksanakan program kali ini iaitu selain mengeratkan silatulrahim bersama masyarakat setempat, pihak AGROPOLIS UniSZA juga bertindak mempromosikan kewujudan  AGROPOLIS UniSZA sebagai sebuah institut kajian dan pusat rujukan pengeluaran tanaman buah-buahan.

Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya adalah  demo cantuman pokok buah-buahan yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Daerah Besut, Sembang Durian, pameran, jualan anak benih pokok buah-buahan serta jualan  buah-buahan tempatan. Kemuncak kepada program yang dianjurkan ini adalah Pertandingan Durian Terbaik Terengganu 2016. Pertandingan Durian Terbaik Terengganu 2016 ini di kategorikan kepada 2 kategori iaitu kategori Klon Berdaftar dan kategori Klon Tidak Berdaftar, seramai 35 penyertaan  telah diterima. Pertandingan Durian Terbaik Terengganu 2016 ini menawarkan hadiah tempat pertama wang tunai RM 300.00 berserta sijil, tempat kedua wang tunai RM 200.00 berserta sijil, tempat ketigawang tunai RM 100.00 berserta sijil dan 3 orang saguhati wang tunai RM 50.00 berserta sijil untuk setiap kategori

Berikut adalah pemenang mengikut kategori :

Kategori Tidak  Klon Berdaftar

Johan                     : En. Mat Nasir Sulaiman

Tempat ke 2          : En. Baharom  Mat Nasir

Tempat ke 3          : En. Rahim Mat Nasir

Saguhati  1            : En. Mohd. Arif Hussin

Saguhati 2            : En. Mohd Yussof  Mohd  Noor

Saguhati 3            : En. Yaakob Hussin

 

Kategori Klon Berdaftar

Johan                    : Pn. Esah Yahaya

Tempat ke 2         : En. Mohd Yasin Mohd

Tempat ke 3         : En. Ibrahim Harun

Saguhati  1           : En Shamsudin Zain

Saguhati 2            : En. Yaakob Hussin

Saguhati 3            : En. Arif Hussin

Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah Pesta Buah-buahan AGROPOLIS 2016 disempurnakan oleh Adun Kota Putera Yang Berhormat Mohd Mahdi Musa. AGROPOLIS UniSZA komited dalam  meralisasikan  hasrat Pengurusan Tertinggi UniSZA dalam menjadikan UniSZA sebagai sebuah universiti mesra komuniti.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

'ILMU DAN AKHLAK'

 johan               

 

durian                                                         johan tidak berdaftar

 

durian bertanding                                                        Penghakiman durian

 

barisan hakim                                                        jualan durian

 

 

jualan                                                          jualan produk

 

demo                                                          demo2

 

 

ucapan