KURSUS ASAS TERNAKAN KAMBING DAN BEBIRI

BESUT, 8 Sept 2016 – Institut Kajian Pengeluaran Pertanian dan Inovasi Makanan (AGROPOLIS UniSZA) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus  Asas Ternakan Kambing dan Bebiri. Kursus ini berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 6-8 September 2016 bertempat di Ladang AGROPOLIS Pasir Akar. Kursus yang julung kali diadakan ini, dianjurkan bagi memberi maklumat dan pendedahan kepada peserta berkaitan potensi bidang penternakan kambing dan bebiri. Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan dengan pengurusan ternakan, pengurusan pastura serta pengurusan kesihatan ternakan.

Keistimewaan kursus yang dijalankan  ini adalah, AGROPOLIS UniSZA bukan sahaja menyampaikan informasi serta maklumat berdasarkan teori, peserta juga didedahkan dengan kerja-kerja pengurusan ternakan secara praktikl diladang. Kursus ini merupakan salah satu program anjuran AGROPOLIS UniSZA untuk membantu komuniti setempat menceburi bidang ternakan sekaligus membantu menjana pendapatan. Kursus ini akan dijadikan sebagai kursus tahunan yang akan dianjurkan oleh pihak AGROPLIS UniSZA bagi memberi peluang kepada lebih ramai lagi masyarakat yang berminat untuk menyertai.

Penyerahan sijil kepada peserta kursus disempurnakan oleh Timb. Pengarah AGROPOLIS UniSZA dr, Mohd Faizal Hj Ghazali. AGROPOLIS berharap dengan penganjuran kursus ini, sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi penduduk serta menjadikan AGROPOLIS sebagai hub rujukan berkaitan pertanian. 

IMG 20160906 WA0011         IMG 20160906 WA0015   

 

IMG 20160906 WA0016       IMG 20160906 WA0018

 

IMG 20160908 WA0009       IMG 20160907 094812

 

IMG 20160907 095113       IMG 20160907 095801

 

IMG 20160907 114610       IMG 20160908 093255

 

Print Email