Fungsi AGROPOLIS

Written by Super User on .

  1. Menjadi pusat kajian herba dan pokok ubat-ubatan bertemakan “dari kampung ke hospital”. Menghasilkan suplemen yang berpiawai selamat dan berkesan yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan untuk pengkormesilan serta menjalankan aktiviti perkhidmatan kepada pengusaha herba Pantai Timur sebagaimana yang telah diamanahkan kepada UniSZA dibawah Pusat Kecemerlangan Herba ECER.
  2. Menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran anak benih pisang, nenas dan pokok tongkat ali menggunakan kaedah tisu kultur seterusnya mendapatkan status “Bionexus” dari Biotech Corp.
  3. Menjalankan kajian skala besar menggunakan teknologi biorektor bagi penghasilan baja organik menggunakan mikroorganisma.
  4. Menyediakan teknik biologi molekul untuk mengesan DNA khinzir bagi tujuan kesahihan halal. Meneruskan aktiviti pensijilan halal yang diamanahkan kepada Pusat Kecemerlangan Halal ECER.
  5. Berfungsi sebagai pusat penghasilan anak kambing menggunakan kaedah permanian beradas dan pemindahan   embrio.
  6. Menjadi pusat kajian perlaksanaan “PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN” dan “SKIM SISWAZAH TANI/”AGRO ENTERPRENEUR”.